Pages

Jangan Join !! Sebab nanti Duit akan Masuk tanpa Henti !!!

En Muhammad Faiz, Kota Bahru, Kelantan... Dgn BloGGer Jer..!!

"Dgn hanye modal serendah Rm50, Sy berjaya mendapat Rm300++ dlm mse 5 hari je.. Memang untung bila Join system nih.. Ini dpt menambahkn pendaptan harian tanpa perlu bekerja lebih masa...."

Hanya Masukkan didalam Blog and Fb sahaja..!! Laman Sosial..
Best Siot SambiL Santai2...!!!
Hanya dengan Tunai Segera... Hadiah Misteri Menanti Anda!!

Kalau berminat Hubungi Facebook Saya di Email isu_semasa@yahoo.com (0179802321/0139015863)

Thursday, 10 March 2011

Buat Partition Baru Dalam Windows

Kebanyakan hard disk yang dijual sekarang adalah bersaiz besar, paling kurang pun 160GB. Bila anda dah pasang hard disk ni ke dalam komputer, seelok-eloknya bahagi-bahagikanlah ia kepada beberapa partition. Partition ni apa ye? Kalau anda tengok dalam My Computer ada C:, D:, E: dan sebagainya, itulah partition.
Jika dalam hard disk anda masih ada ruang kosong, anda boleh buat partition baru dengan mudah tanpa menggunakan sebarang software tambahan. Hanya perlu menggunakan Computer Management yang sudah sedia ada dalam Windows. Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Right-click pada My Computer dan pilih Manage. Computer Management akan dibuka.
  2. Pada bahagian sebelah kiri, pilih Disk Management.
  3. Pada bahagian sebelah kanan, right-click pada partition yang kosong (Unallocated) dan pilih New Partition.
    new-partition-02
  4. Klik Next pada paparan “Welcome to the New Partition Wizard”.
  5. Primary partition atau Extended partition? Jika anda tak pasti nak pilih yang mana, terus klik Next.
    new-partition-03
  6. Tetapkan saiz partition anda dalam MB. Sebagai contoh, saya memasukkan angka 40000 yang bersamaan dengan 40 GB. Klik Next.
    new-partition-04
  7. Biarkan pilihan seperti biasa (Assign the following drive letter) dan klik Next.
    new-partition-05
  8. Biarkan pilihan seperti biasa (Format this partition with following settings) dan klik Next.
    new-partition-06
  9. Klik Finish dan proses format partition akan bermula.
    new-partition-07
Tunggu sehingga proses format berakhir dan anda sudah boleh mula menggunakan partition baru tersebut

No comments:

Post a Comment

Followers

Join Komuniti ini Dapat Hadiah Free