
Aza Raskin dari Mozilla baru sahaja memperkenalkan Tab Candy, fungsi baru Firefox yang akan membantu anda menguruskan tab yang terlalu banyak.
Dengan Tab Candy, anda boleh mengelaskan tab mengikut kategori tertentu. Sebagai contoh, semua artikel yang anda biarkan terbuka kerana anda ingin membacanya, boleh diletakkan di bawah kategori “untuk dibaca”.
Apabila satu kategori dipilih, hanya tab yang berkaitan sahaja akan dipaparkan, lantas membantu anda untuk fokus kepada tugasan yang ingin dilakukan.
Tab Candy juga memaparkan tab dalam bentuk thumbnail. Gambaran visual ini sangat membantu anda dalam mengenalpasti tab yang dicari.
Malah anda boleh berkongsi tab yang anda buka dengan rakan-rakan (fungsi ini masih dalam pembinaan).
Sememangnya Tab Candy membawakan idea yang bernas untuk meningkatkan fungsi pengurusan tab pada pelayar web. Namun, sejauh manakah kegunaannya? Adakah ia akan menggantikan fungsi aplikasi web seperti Delicious dan Instapaper? Kongsikan kepada orang lain.
Anda boleh mencuba Tab Candy versi Alpha untuk merasainya sendiri (nota: Tab Candy bukanlah merupakan sebuah extension, tetapi fail yang anda akan download adalah versi Firefox yang masih dalam pembangunan).
No comments:
Post a Comment